Saturday 25 June 2011

Asthma

Hari ni tak berapa nak indah sebab tak cukup tidur. Malam tadi tiba2 kena asthma sampai lah sekarang. Dah bertahun-tahun rasanya tak kena tapi sekali kena rase macam hidup ni nyawa-nyawa ikan je. Asthma ni sinonim dengan penyakit mengah/semput yang mengganggu/menyekat saluran pernafasan yang berpunca dari alahan kepada habuk, haiwan peliharaan, persekitaran yang sejuk dan sebagainya.

Oleh itu, penghidap asthma akan kerap batuk, kelihatan pucat dan juga hilang selera makan. Bila bernafas tu mulalah keluar bunyi seakan-akan orang bersiul @ wiz. Tak boleh tidur terlentang atau tidur mengiring. Yang boleh, hanya duduk. Sesiapa yang menghidap asthma ni, mesti tahu akan peritnya macam mana. Sampai satu tahap kena pakai alat bantuan "Inhaler" untuk bernafas. Penyakit ni menyerang tak kira peringkat umur dan ia juga boleh dipengaruhi oleh genetik iaitu diturunkan dari ayah/ibu.


Hari ni terpaksa gunakan bantuan Inhaler.

Friday 24 June 2011

Bercinta Jarak Jauh

Bercinta jarak jauh ni memang memerlukan tahap kesetiaan dan kesabaran yang tinggi. Dah lama rasanya terpaksa berjauhan darinya. Tak dapat nak msg dan call sebab kat tengah laut sana memang xde network. Bila sesekali dapat panggilan tu, rasa gembira tu tak tergambar dengan kata2. Macam2 nak tanya dan macam2 jugak nak cerita tapi sayangnya tak boleh la nak cakap lama2 sebab pakai komunikasi satelit dari atas kapal. Takut orang lain marah sebab dieorang pun nak guna call anak bini kat negara masing2.

Kenapa hari ni tak dapat panggilan dari dia lagi??? huhuhu...


Mood: menunggu panggilan fon.


Thursday 23 June 2011

BLoG BaRu

Aku blogger tegar. Baru-baru ni, terpaksa delete 3 blog dan salah satunya dah buat lebih kurang 5 taun lepas. Dari blog yang meriah, beralih ke blog baru ni sebab taknak ex tahu apa-apa new story tentangku. Tiga2 blog dia ganggu & post yang bukan2 bagi mengeruhkan keadaan. Sampai blog yang baru sebelum ni pun dia boleh tahu. Dasat.. Dah try "ban" dia dari post apa2 kt blog then esoknya dia stil lagi boleh post tapi dengan ayat2 marah sebab "ban" dia. Terlupa pulak yang dia tu asst. mngr kt TM yang kerjanya kawal network & system. Apa2 pun rasanya dia tak leh kot jmpa blog yang ni. Kalau betul dia hebat sangat dan jumpa blog ni, hack la kalau berani. HeHeHe...

Ulangbulan?

Hari ini bersamaan 23/6/2011 merupakan ulangbulan pertunangan kami yang kedua. Ada ke orang sambut ulangbulan? Actually bukan sambut tapi memperingati tarikh bersejarah dalam hidup yang mengubah status aku dari single kepada tunang orang.


Tuesday 21 June 2011

Menghitung Hari Yang Tak Pasti

Ku mengitung hari menanti kepulangan tunang tercinta yang kini berada di tengah lautan sana. Kini dah 29hari kami tidak bersua muka. Hurm..bila la agaknya dia nak balik ni...??

Macam-Macam Hal!

Sudah lebih sebulan tak post apa-apa dan macam-macam dah berlaku seperti:
1. Selesai menghadiri kursus kahwin dan secara automatiknya berjaya mendapatkan sijil kursus kahwin.
2. Kehilangan abang sulung yang kini telah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah.
3. Berjauhan dengan tunang yang terpaksa kerja di luar negara buat sementara waktu.
4. Berjaya mencetak advertisement magazine ku yang pertama. Alhamdulillah.
5. Mengalami batuk yang agak luar biasa teruknya.