Thursday 12 May 2011

DESIGN

Xbanyak yang boleh diceritakan hari ini. Sepanjang hari dihabiskan dengan menyiapkan design2 sebab esok gerak ke KL untuk menghadiri kursus kawen. Apepun, buat keje last minute memang bagus sebab dapat fokus pada kerja semaksimum yang mungkin..Maksudnya, kita enjoy puas2 dulu and lupakan pasal kerja seketika. Lepas tu, bila dah nak due date, kita pulun bagai nak rak sampai pengsan. Haha.. Ok la ye, nak sambung men'design. tata!

Wednesday 11 May 2011

k e h i d u p a n

Setiap manusia dibebani dengan pelbagai kesulitan dalam hidup. Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini juga tidak dapat lari dari merasa perit akan sesuatu masalah yang menghimpit diri. Masalah hadir dalam bentuk yang berbeza dan cara menanganinya juga berbeza2. Anggaplah semua itu sebagai ujian dan tabahlah menempuhinya.


Dalam meniti garis kehidupan, banyak yang kita ingin lakukan dan ingin capai. Kadangkala kita terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti hinggakan kita terlepas pandang pada azam atau impian lalu kita yang masih belum tercapai. Hidup ini tidak mudah seperti yang disangka. Tapi ia akan jadi mudah jika kita berusaha. Walau impian kita itu masih jauh lagi untuk dicapai tetapi apabila kita telah berusaha ke arah itu, sekurang2nya kita dapat mengenal erti sabar. Sabar itu lah yang membuatkan kita tenang dan mampu tersenyum untuk teruskan hidup. 

Bila seseorang yang ku sayang berada di dalam kesulitan, aku ingin selalu dengannya agar beban yang ditanggungnya itu dapat ku kongsi bersama2. Sukar untuk aku meninggalkannya walaupun hanya seketika kerna ku tak ingin membiarkan dia keseorangan. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Biar sedih namun asalkan dapat bersamanya, itu dah cukup menggembirakan. Unik kan cinta?.....



saya sayang chenta saya~lalala

Tuesday 10 May 2011

Lirik yang touching

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Blogwalking day

Rutin hari ini: bangun je tidur terus blogwalking. Klik sana klik sini. Usha blog orang lain, baca info terkini, gosip2, cuci mata dengan barang2 yang dieorang jual dan lain2. Agak letih jugak klik2 sebab hari terlalu ramai yang tinggalkan link dekat photo blog tu dan internet xberapa nak laju. 

Patutnya hari ni kena pergi outstation kat penang tapi xpergi sebab xrasa nak pergi. Terasa macam nak balik kampung walaupun sebenarnya baru je semalam sampai ipoh ni. Terasa macam nak tolong apa yang patut kat rumah tu macam mengecat, pindah2 perkakas untuk dimasukkan semula ke dapur, mengemas rumah n bla3x.. Dalam hati ni terasa rindu sayang kat mak abah...mengenangkan mak abah yang kian uzur dimamah usia, makin berat hati ni nak tinggalkan dieorang jauh2...sayu dan sebak menyelubungi diri takut ditinggalkan mereka...
"Ya Allah, Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku agar mereka mampu terus melakukan ibadah kepadaMu.."

Teringat pula perbualan telefon malam tadi. Perbincangan dengan tunang tercinta berakhir dengan selisih faham. Mungkin sebab jemu mendengar nama ex disebut2 setiap kali kami berbicara. Mungkin cara ku pamerkan kasih sayang berbeza dengan dulu tapi cukuplah kalau tunangku itu tahu yang aku terlalu sayangkan dia lebih dari segala2nya dan lebih dari diriku sendiri. Ku tinggalkan seketika facebook dan yahoo messenger, skype sebab ingin menumpukan dan memberikan perhatian yang penuh kepadanya. Tak lupa juga tagged, myspace, friendster, twitter, bebo, hi5 dan macam2 lagi, telah lama ku delete.

"Ya Allah, biar kasih sayang yang mengeratkan hubungan kami dan jika pengorbanan yang diperlukan, aku rela berkorban demi menjaga hatinya yang satu."

Monday 9 May 2011

Gatalnye jari nak taip blog

Hari ni agak seronok dan secara tiba-tiba jari ni gatal nak menaip blog. seronok ke? erm..boleh la...actually baru je selesai dapatkan lesen memandu yang telah tertunggak sejak tujuh tahun lalu...lepas ni target nak dapatkan sijil kursus kahwin lak...  dalam masa yang sama nak membuat simpanan peribadi @ MyBank dengan penuh semangat waja... so, otak ni ligat berputar mencari idea yang terbaik nak dapatkan duit dan menjadi kaya raya.. tetapi yang paling penting duit tu datangnya dari sumber yang halal...any idea?????.....zzz

(fikir sampai tertidur)