Terasa begitu cepat bumi berputar. Kini dah sebulan masa berlalu. Sakit asthma pun dah sembuh. Tunangku juga dah pulang dari Australia(37hari). Kami sempat berjumpa walaupun hanya seketika sebelum beliau pergi pula ke Singapore(8hari). Xbanyak aktiviti harian yang dapat dilakukan. Dari Ipoh, stay kejap kat Shah Alam supaya senang cari barang-barang hantaran dengannya. Sesambil tu jari-jemari ni busy klik-klik jobstreet dan sebagainya untuk cari kerja area KL.
Untuk melangkah ke alam perkahwinan memang memerlukan pengorbanan besar terutamanya dari segi masa, tenaga dan wang. Sekarang ni semuanya naik harga. ish..ish..ish.. So, perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kini memang melibatkan kos yang tinggi. Bagi yang sudah berkahwin pasti tahu bagaimana dan bagi yang belum berkahwin, make sure la korang buat simpanan yang banyak sebab poket korang sure-sure akan rabak nanti. Hehe..
Monday, 25 July 2011
Kini dah sebulan masa berlalu...
Posted by coretan hati at 04:33
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment