Wednesday, 29 August 2012

10 tanda jodoh...Check it out!


Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima Kita Seadaanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
P/s: Jodoh ni jangan dipaksa mencari sebab nanti insyaAllah pasti ada untuk kita bila sampai masanya. =p

Sunday, 5 August 2012

Bayi Kembar 6





Friday, 3 August 2012

Buat Renungan


Thursday, 2 August 2012

I Want to Buy This..This..& This..Oh My..

Sewaktu survey kelengkapan-kelengkapan bayi, mataku tiba-tiba jadi rambang. Rasa macam nak jadi bayi semula pulak rasanya tapi memang confirm lah ia takkan jadi kenyataan. So, dapat tengok bayi sendiri happy pun dah kire OK. Hehe.. 


Antara kelengkapan yang dapat menarik hatiku ialah



Baby Stroller

Aku minat baby stroller ni maybe sebab warnanya iaitu hitam dan merah. Sambil tolak stroller ni, boleh tengok bayi. Stroller ni agak tegap dan sesuai untuk new born. Lepas tu, ada tempat menyimpan barang di bawah tempat tidur bayi. Sesuai untuk letak pampers, baju spare dan lain-lain.


Baby Car Seat
Baby car seat ni nampak selesa dan selamat digunakan. Selain itu, ia juga ada tempat pemegang untuk mengangkatnya. So, dapat elak dari mengganggu bayi tengah tidur. Angkat je baby car seat ni keluar dari kereta. 

Baby Bath Tub
Baby bath tub ni memang untuk baby new born. Bagi yang tak biasa memandikan bayi, bath tub ni memang fit dengan saiz bayi dan dapat mengelakkan bayi tergelincir. Tapi susah nak jumpa la. Selalunya bath tub yang dijual lebih besar. Kalau yang ni jarang orang beli sebab dapat pakai kejap je. 

Baby Bouncer
Hurm, baby bouncer ni pulak cute kan. Senang nak dodoikan bayi kesayangan kita tidur.

Playpen
Playpen ni comel tapi dah dapat hadiah dari makcik. Lebih kurang macam ni tapi boleh jadi buaian pulak. Tak tahu la macam mana sebab belum pasang lagi sebab search online memang tak jumpa sebab ia unik sket. 


Walaubagaimanapun, buat bakal ibu dan ayah, berbelanjalah mengikut kemampuan dan elakkan dari membazir. Sekadar berkongsi coretan hati suka duka. 


Tinggalkan komen dan jom kongsi pengalaman.

Petua Hilangkan Loya / Mual / Muntah Ketika Hamil / Mengandung

Di awal kehamilan, ramai wanita yang mengandung mengalami alahan terutamanya di waktu pagi. Berikut adalah petua untuk hilangkan loya dan mual ketika hamil / mengandung yang boleh diamalkan.

  1. Makan (madu, kurma, asam, mangga, biskut, yogurt buah2an)
  2. Minum (air masak secukupnya, air halia, 100plus, jus limau, jus lemon)
  3. Kerap makan walaupun tidak lapar (tetapi dalam kuantiti yang sedikit) 
  4. Elak hidu bau-bau yang tidak menyenangkan
  5. Elak fikir untuk muntah
  6. Elak gosok gigi selepas makan (kebanyakan ibu mengandung mudah muntah selepas makan)
  7. Elak tempat panas (boleh menambahkan rasa mual)
  8. Banyakkan berehat (pejamkan mata seketika dapat menghilangkan pening kepala)
  9. Tidur seketika di siang hari (kerana ibu mengandung kerap berasa letih dan mengantuk)



Jika loya dan mual berlarutan, segera berjumpa doktor coz takut akan memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.

Senarai Barang Persediaan Bersalin Yang Perlu Dibawa Ke Hospital

Bakal ibu yang mengandungkan anak sulung tentu tiada pengalaman tentang apa yang nak dibawa ke hospital apabila dah tiba waktu bersalin. Di bawah, terdapat senarai keperluan yang boleh dibawa.


Pendaftaran

  1. Kad pengenalan ibu/bapa
  2. Kad merah (buku mengandung)
  3. GL (surat pengesahan jika kakitangan awam)
  4. Duit secukupnya (standby)
  5. Sijil nikah (kadang2 diminta)
Menyambut bayi
  1. Air Zam-zam
  2. Kurma
  3. Botol susu kecil (standby jika susu ibu tak keluar dan bayi haus)
  4. Kamera (untuk merakam detik2 kelahiran)
Keperluan bayi
  1. Pakaian (3pasang)
  2. Sarung kaki dan tangan
  3. Selimut bertopi
  4. Tuala
  5. Pampers @ Kain lampin & Cloth diaper
  6. Tisu lembap
  7. Minyak Yu Yee Cap Limau
  8. Bantal kecil
  9. Set mandian bayi + losyen (travel pack)
  10. Cotton buds
Keperluan ibu
  1. Baju berbutang depan (untuk menyusu)
  2. Kain Batik (3helai)
  3. Maternity pad
  4. Nursing pad (jika susu dah keluar)
  5. Seluar dalam (boleh juga beli yang pakai buang)
  6. Baju dalam
  7. Stokin
  8. Seliper
  9. Tuala
  10. Set mandian + berus gigi + ubat gigi
  11. Sikat rambut
  12. Minyak angin
  13. Tudung (yang selesa dan senang dipakai)
  14. Pakaian (untuk pulang dari hospital)
  15. Sweater (jika tak tahan sejuk)
Lain-lain keperluan 
  1. Air mineral
  2. Air kotak (soya/susu/coklat) 
  3. Biskut
  4. Plastik (untuk bungkus pakaian kotor dan sebagainya)
  5. Breast pump
Keperluan ibu berpantang di rumah
  1. Tungku
  2. Bengkung
  3. Jamu (pilih yang sesuai dan tidak memudaratkan bayi yang menyusu badan kerana setiap orang berbeza)
  4. Tuam bayi (untuk mengelakkan bayi kembung perut)

Wednesday, 1 August 2012

Senarai Barang Keperluan Bayi Yang Perlu Dibeli

Apabila kandungan mencapai 7 bulan, persiapan keperluan dan kelengkapan bayi perlu dilakukan.  Last check up hari tu, nurse pun dah pesan untuk mula buat persiapan. Kat bawah ni adalah senarai barang-barang keperluan bayi. Tulisan yang berwarna biru tu tandanya dah beli. Bagi yang berpengalaman, bagi tunjuk ajar dan nasihat yer..

A. PAKAIAN

  1. Baju lengan panjang
  2. Baju lengan pendek 
  3. Seluar panjang
  4. Seluar pendek
  5. Rompers
  6. Barut baby 
  7. Bengkung baby
  8. Sarung tangan 
  9. Sarung kaki 
  10. Selimut bertopi
  11. Tuala
  12. Sapu tangan
  13. Topi 
  14. Kain lampin
  15. Cloth diaper
  16. Pampers ( New Born ) 
  17. Nappy liners
  18. Lapik baju (BIP)
B. PERALATAN MANDIAN
  1. Bakul barang mandian 
  2. Baby bath 
  3. Baby shampoo
  4. Besen mandi bayi
  5. Pengalas besen mandi
  6. Termometer suhu
  7. Bakul baju kotor
C. PENJAGAAN DIRI  



  1. Bakul peralatan diri
  2. Minyak Yuyi cap limauMinyak Telon / Vicks 
  3. Tisu lembab
  4. Drapolene Cream (bila perlu baru beli)
  5. Losyen bayi 
  6. Sikat
  7. Set ketip kuku
  8. Tiub sedut hingus  (bila perlu baru beli)
  9. Bedak baby 
  10. Tuam/Tungku (buat sendiri)
  11. Cotton buds
  12. Tikar getah
  13. Minyak rambut 
  14. Water spray bottle
D. PENYUSUAN BABY
  1. Botol susu kecil 
  2. Botol susu sederhana 
  3. Botol susu besar
  4. Susu tepung  (bila perlu baru beli)
  5. Puting susu spare  (bila perlu baru beli)
  6. Puting kosong  (bila perlu baru beli)
  7. Pembersih botol susu 
  8. Termos  (bila perlu baru beli)
  9. Tupperware susu  (bila perlu baru beli)
  10. Botol air masak
E. BARANG BERJALAN
  1. Stroller
  2. Baby car seat
  3. Diaper bag
  4. Travelling tilam set
F. LAIN-LAIN BARANG
  1. Bottle warmer
  2. Electric steam steriliser 
  3. Double electric brestpump
  4. Bakul PakaianBeg Pakaian 
  5. Bouncer
  6. Tongs
  7. Sealing Clips
  8. Nursing cover
  9. Baby sling  (bila dah besar sket baru beli)
  10. Penyangkut pakaian bayi
  11. Pencuci pakaian bayi
  12. Liquid cleanser (utk basuh botol susu bayi)
  13. Selimut
  14. Bantal kepala & peluk
  15. Tilam & sarung
  16. Katil bayi (baby cot/ playpen)
  17. Kelambu 
  18. Buaian & kain buaian  (bila perlu baru beli)
  19. Motor elektrik (buaian)

Misteri Aishah

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.



Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan tidurlah seketika. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka

I Will Be Right Here Waiting For You

Hari ni hubby naik kapal dan belayar bersama krew2 yang lain mencari sampel tanah untuk kesan kawasan yang boleh cari gali minyak. So, di bulan Ramadhan ini, tinggallah aku @ "mak buyong" ini keseorangan di rumah. Sob3x. Tu sebab la layan blog ni (dah takde kerja). Hope sangat jobnya tak delay dan dapat beraya bersama tahun ni.

Mood : Berharap dan terus berharap...


Jantina Kandungan

Cara yang paling berkesan untuk tahu jantina bayi dalam kandungan adalah melalui pemeriksaan Ultrasound. Tetapi bagaimana pula jika ia tidak dapat dilihat dengan pemeriksaan Ultrasound???

Itulah yang terjadi kepadaku. Oleh kerana ini adalah kali pertama aku mengandung, perasaan ingin tahu jantina bayiku membuak-buak. Mungkin kerana excited ingin membuat persiapan dan mungkin juga kerana orang di sekeliling berteka-teki akan jantina bayiku ini. Ada yang menjangka bayiku lelaki, ada juga yang menjangka bayiku perempuan.



Alahan Mengandung

Aku mengalami alahan ketika mengandung @ morning sickness sewaktu kandunganku menjangkau sebulan setengah. Ketika itu, aku mengalami pening kepala, loya tekak, perut tidak selesa dan akhirnya menyebabkan muntah-muntah. Ramai yang cakap, alahan ini akan berakhir setelah kandungan menjangkau 3 bulan. Malangnya, aku mengalami alahan sehingga genap 5 bulan terutamanya ketika baru bangun dari tidur dan adakalanya berlarutan sepanjang hari. Kalau sehari aku tak muntah, pasti tak sah. Dan setiap kali aku muntah, pasti dia ada di sisi (tu pun kalau dia tak kerja la).  


Ketika aku mengandung ini, suami aku banyak berkorban. Aku bersyukur sebab dia memahami situasi yang aku alami.  Pagi2 pula, dialah yang buatkan susu atau breakfast untukku alas perut. Ketika ini, aku makan yogurt buah2an untuk menghilangkan loya. Asam juga sesuai untuk menghilangkan loya atau mual2 tetapi disebabkan perut aku dah kosong setelah muntah, aku boleh terkena gastrik kalau makan asam.  Tapi aku rasa pelik sebab suami aku pulak yang makan asam 24jam. Maybe pembawakan baby tu pergi kat dia. Haha...