Hari ni kandunganku genap 7 bulan @ 30 minggu. Tak sabar rasanya nak menunggu kelahiran bayi pertamaku ini. Wink wink..
Wednesday, 1 August 2012
Kandungan 7 Bulan
Posted by coretan hati at 01:18Disahkan Mengandung
Posted by coretan hati at 01:17Mengimbau 6 bulan yang lalu.
Inai masih lagi menapak di kuku-kuku jariku sewaktu aku melakukan pregnancy test di rumah. Siapa sangka perkahwinan kami yang masih lagi baru bakal diserikan dengan cahaya mata kami sendiri. Aku dan suami benar-benar gembira apabila aku disahkan mengandung.
Thank you Allah..
Monday, 25 July 2011
Kini dah sebulan masa berlalu...
Posted by coretan hati at 04:33Terasa begitu cepat bumi berputar. Kini dah sebulan masa berlalu. Sakit asthma pun dah sembuh. Tunangku juga dah pulang dari Australia(37hari). Kami sempat berjumpa walaupun hanya seketika sebelum beliau pergi pula ke Singapore(8hari). Xbanyak aktiviti harian yang dapat dilakukan. Dari Ipoh, stay kejap kat Shah Alam supaya senang cari barang-barang hantaran dengannya. Sesambil tu jari-jemari ni busy klik-klik jobstreet dan sebagainya untuk cari kerja area KL.
Untuk melangkah ke alam perkahwinan memang memerlukan pengorbanan besar terutamanya dari segi masa, tenaga dan wang. Sekarang ni semuanya naik harga. ish..ish..ish.. So, perbelanjaan untuk majlis perkahwinan kini memang melibatkan kos yang tinggi. Bagi yang sudah berkahwin pasti tahu bagaimana dan bagi yang belum berkahwin, make sure la korang buat simpanan yang banyak sebab poket korang sure-sure akan rabak nanti. Hehe..
Saturday, 25 June 2011
Asthma
Posted by coretan hati at 02:05Hari ni tak berapa nak indah sebab tak cukup tidur. Malam tadi tiba2 kena asthma sampai lah sekarang. Dah bertahun-tahun rasanya tak kena tapi sekali kena rase macam hidup ni nyawa-nyawa ikan je. Asthma ni sinonim dengan penyakit mengah/semput yang mengganggu/menyekat saluran pernafasan yang berpunca dari alahan kepada habuk, haiwan peliharaan, persekitaran yang sejuk dan sebagainya.
Oleh itu, penghidap asthma akan kerap batuk, kelihatan pucat dan juga hilang selera makan. Bila bernafas tu mulalah keluar bunyi seakan-akan orang bersiul @ wiz. Tak boleh tidur terlentang atau tidur mengiring. Yang boleh, hanya duduk. Sesiapa yang menghidap asthma ni, mesti tahu akan peritnya macam mana. Sampai satu tahap kena pakai alat bantuan "Inhaler" untuk bernafas. Penyakit ni menyerang tak kira peringkat umur dan ia juga boleh dipengaruhi oleh genetik iaitu diturunkan dari ayah/ibu.
Friday, 24 June 2011
Bercinta Jarak Jauh
Posted by coretan hati at 02:49Bercinta jarak jauh ni memang memerlukan tahap kesetiaan dan kesabaran yang tinggi. Dah lama rasanya terpaksa berjauhan darinya. Tak dapat nak msg dan call sebab kat tengah laut sana memang xde network. Bila sesekali dapat panggilan tu, rasa gembira tu tak tergambar dengan kata2. Macam2 nak tanya dan macam2 jugak nak cerita tapi sayangnya tak boleh la nak cakap lama2 sebab pakai komunikasi satelit dari atas kapal. Takut orang lain marah sebab dieorang pun nak guna call anak bini kat negara masing2.
Kenapa hari ni tak dapat panggilan dari dia lagi??? huhuhu...
Thursday, 23 June 2011
BLoG BaRu
Posted by coretan hati at 08:00Aku blogger tegar. Baru-baru ni, terpaksa delete 3 blog dan salah satunya dah buat lebih kurang 5 taun lepas. Dari blog yang meriah, beralih ke blog baru ni sebab taknak ex tahu apa-apa new story tentangku. Tiga2 blog dia ganggu & post yang bukan2 bagi mengeruhkan keadaan. Sampai blog yang baru sebelum ni pun dia boleh tahu. Dasat.. Dah try "ban" dia dari post apa2 kt blog then esoknya dia stil lagi boleh post tapi dengan ayat2 marah sebab "ban" dia. Terlupa pulak yang dia tu asst. mngr kt TM yang kerjanya kawal network & system. Apa2 pun rasanya dia tak leh kot jmpa blog yang ni. Kalau betul dia hebat sangat dan jumpa blog ni, hack la kalau berani. HeHeHe...
Ulangbulan?
Posted by coretan hati at 05:36Hari ini bersamaan 23/6/2011 merupakan ulangbulan pertunangan kami yang kedua. Ada ke orang sambut ulangbulan? Actually bukan sambut tapi memperingati tarikh bersejarah dalam hidup yang mengubah status aku dari single kepada tunang orang.







